Baju Kurung & Baju Melayu

Biarpun fesyen sentiasa berubah namun pakaian tradisi ini masih terpelihara dan tinggi perminataannya ketika musim perayaan. Umumnya Baju Kurung adalah pakaian tradisional bagi wanita Melayu dan Baju Melayu pula bagi lelaki. Namun kini telah menjadi trend bagi kaum lain juga memakainya walaupun bukan secara menyeluruh.
Baju Kurung sesuai bagi apa jua suasana harian di rumah, bersiar, ke sekolah, pejabat, majlis-majlis keraian juga upacara rasmi. Ia kelihatan berciri sopan dan anggun bagi individu yang memakainya. Baju Melayu pula kebanyakan memakainya ke majlis-majlis tertentu, pada hari perayaan dan bersolat ke masjid/surau. Pemakaiannya boleh dengan sepasang seluar atau kain sarong sahaja. Baik Baju Kurung mahupun Baju Melayu amat sesuai bagi semua peringkat umur.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan