Blogger Layouts

Isnin, 24 Oktober 2011

Petua Untuk Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. 

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. 

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. 

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. 

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan